Privasi & penggunaan data
Taktahu Design menggunakan nama, e-mel dan ID Google anda untuk mengenal pasti akaun. Kata laluan Google tidak diterima oleh aplikasi ini.
Projek yang anda simpan disimpan dalam database aplikasi dan hanya diakses melalui sesi akaun anda. Draf juga disimpan pada browser peranti yang digunakan. Pada komputer berkongsi, log keluar dan kosongkan data laman selepas selesai jika perlu.
Apabila menggunakan AI, arahan, kandungan kad dan konteks chat terkini dihantar kepada OpenAI. Apabila membaca gambar atau mentranskripsi suara, gambar/rakaman yang anda pilih juga dihantar kepada OpenAI. Fail upload digunakan dalam ruang sementara server dan tidak dimasukkan ke dalam galeri aplikasi. Pemprosesan serta penyimpanan di pihak penyedia tertakluk pada terma dan konfigurasi akaun OpenAI pentadbir. Pilihan store:false digunakan untuk permintaan Responses API.
Aplikasi tidak merakam suara secara automatik. Rakaman hanya bermula selepas anda menekan butang suara dan membenarkan mikrofon. Google digunakan untuk login. Kuki sesi diperlukan untuk memastikan anda kekal log masuk; tiada analitik pihak ketiga dibundel.
Anda boleh memadam projek melalui tab Projek. AI boleh tersalah membaca tulisan, nama, tarikh atau nombor telefon. Semak dan betulkan hasil sebelum berkongsi atau mencetak. Template dalam versi ini ialah template asal aplikasi, bukan template Canva.
Hubungi pentadbir untuk permintaan pemadaman akaun atau pertanyaan data. Maklumat hubungan akan disediakan oleh pengendali laman.
Versi beta 0.2.0.